Seo Services

Kerana Rebutkan Lelaki, Model Ini Sanggup Tikam Kembarnya


CROATIA – Akibat cemburu, seorang model menikam kembarnya kerana mempunyai hubungan dengan lelaki yang turut diminatinya.

Sara Grkovic, 22, dan kembar seirasnya, Dajana menetap bersama ibu mereka di Rijeka. Namun ketika kejadian, ibu mereka berada di Jerman sementara bapa kembar terbabit pula sudah lama menghilangkan diri.

Kejadian berlaku dalam satu pergaduhan apabila Sara mencapai pisau di dapur lalu menikam kembarnya di bahagian dada, menyebabkan Dajana kini berada dalam keadaan kritikal dan bertarung nyawa di hospital.

Menurut jiran mereka, kembar berkenaan sentiasa berhias dan sopan serta sering menyapa jiran tetangga yang lain.

“Mereka bergaduh kerana berebutkan seorang lelaki yang kini menjalinkan hubungan dengan Dajana.

“Sara tidak berpuas hati dengan keadaan itu tetapi kami tidak sangka dia sanggup membunuh kembarnya sendiri,’’ kata jiran berkenaan.

Menurutnya lagi, meskipun mereka kembar namun kedua-duanya sering cemburu antara satu sama lain dan sering membandingkan kecantikan masing-masing.

“Kedua-duanya menawan tetapi wanita lain bukan pesaing mereka sebaliknya mereka bersaing antara satu sama lain,’’ katanya.

Sara telah ditahan polis dan bakal dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan cuba membunuh. - MYNEWSHUB


Kerana Rebutkan Lelaki, Model Ini Sanggup Tikam Kembarnya Kerana Rebutkan Lelaki, Model Ini Sanggup Tikam Kembarnya Reviewed by uMieySurianie on February 03, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.