SEMATAN: Sarawak memerlukan belia-belia yang aktif, amanah, berketrampilan dan sebagainya bagi meneruskan kesinambungan kepimpinan pada masa akan datang.
ADUN Pantai Damai Dr Haji Abdul Rahman Junaidi berkata, objektif Program Motivasi Belia yang bertemakan “Kawan Ku Sayang Keluarga Ku Kenang" juga berobjektifkan melahir belia-belia yang sebegitu.
Program yang telah dilangsungkan di Kem Pueh Belia, Sematan pada 20-22 Febuari 2015 disertai seramai 128 orang belia dari Kawasan DUN N4 Pantai Damai.
Program ini telah dianjurkan oleh Kementeriaan Pembangunan Sosial (KPS) dengan kerjasama Saberkas Negeri dan juga Saberkas Cawangan Pantai Damai.
Memohon agar semangat belia ini akan berkekalan sepanjang masa, Rahman juga menyeru semua peserta memohon menjadi ahli Saberkas Negeri Sarawak.
"Anda semua digalakkan menubuh alumni KKSKKK untuk meneruskan kesinambungan membawa belia-belia dalam kawasan masing- masing untuk mengadakan aktiviti ataupun berkongsi pengalaman apa yang telah kita dilalui pada program itu supaya kawan-kawan lain akan menjadi belia yang aktif dan berketrampilan."
“Belia-belia kita sekarang bukannya hanya sekadar peka dengan bidang sukan tetapi harus juga membantu pemimpin-pemimpin lain dalam kawasan dalam pembangunan kampung juga boleh menjadi belia yang perihatin terhadap pembangunan kampung,” katanya lagi.
Rahman juga mengharapkan agar mereka yang menyertai program ini menjadi seorang belia yang proaktif dalam pelbagai bidang yang membawa manfaat dan kebaikan kepada masyarakat kampung. - Sarawakiana
Kesinambungan Kepimpinan Belia Sarawak
Reviewed by uMieySurianie
on
February 23, 2015
Rating:
No comments: