BATU NIAH: Tiga wanita bersaudara cedera parah manakala seorang bayi lelaki berusia 14 bulan dan seorang pemandu lori cedera ringan dalam satu kemalangan apabila dua buah kenderaan di KM 96 Jalan Miri Bintulu semalam.
Difahamkan, kejadian yang berlaku sekitar jam 11 pagi berdekatan Simpang Rumah Panjang Maxwell di sini dimana kenderaan yang dinaiki mangsa-mangsa dikatakan dalam perjalanan ke arah Bintulu.
Punca kejadian tidak diketahui dan dan difahamkan, salah seorang daripada tiga wanita tersebut telah tersepit beberapa minit dalam kenderaan berkenaan sebelum diselamatkan oleh anggota JPAM dan orang awam.
Kesemua mangsa kemalangan termasuk pemandu lori yang mengelami cedera ringan dihantar ke Hospital Umum Miri dan polis se3dang menyiasat punca kemalangan. – Sarawakiana
Lima Termasuk Seorang Bayi Cedera Dalam Kemalangan Di Miri
Reviewed by Salfian Nawawi
on
February 23, 2015
Rating:
No comments: