Seo Services

Kuching Dilanda Banjir Kilat


Kuching : Hujan lebat sejak malam tadi menyebabkan beberapa kawasan rendah di bandar ini dilanda banjir kilat.

Setakat 8.40 pagi tadi, hanya lima keluarga di Jalan Demak, Petra Jaya berpindah ke rumah saudara berhampiran.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Zon Kuching, Tiong Ling Hii berkata, antara kawasan yang terjejas teruk setakat ini ialah Kampung Sinar Budi dan Simpok, Padawan.


"Setakat ini tiada pemindahan di dua kampung ini. Banjir kilat mula berlaku 4 pagi tadi dengan beberapa kawasan mula surut.

"Bagaimanapun, pemantauan terus dilakukan kerana hujan masih berterusan dengan beberapa tempat rendah terus dinaiki air," katanya.


sumber
Kuching Dilanda Banjir Kilat Kuching Dilanda Banjir Kilat Reviewed by Unknown on February 11, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.