Seo Services

Rafizi Ramli Pula Diarahkan Disiasat Oleh KPN



Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli menjadi indvidu ketiga diarahkan agar disiasat oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar kerana menggunakan media sosial untuk menghasut dan menghina mahkamah pada hari ini.

Arahan itu dibuat beliau melalui akaun twitternya beberapa jam yang lalu.

Siang tadi, Mynewshub melaporkan, Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming dan kartunis, Zunar telah diarahkan oleh Khalid agar disiasat kerana mengeluarkan tweet yang bersifat hasutan dan menghina mahkamah.

Maklumat terkini yang diperoleh, Zunar telah pun ditahan polis pukul 9 malam tadi.

Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan pula diminta disiasat oleh Police Cyber Investigation Response Centre (PCIRC) apabila memuat naik imej di akaun twitternya yang memberikan gambaran 5 hakim Mahkamah Persekutuan yang bersidang dalam kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai telah dibayar pihak tertentu.

“PCIRC @PDRMsia siasat juga tweet ini yg cuba menghasut Rakyat mempercayai Hakim di bayar,” kata Khalid dalam tweetnya.

Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan Anwar untuk mengenepikan sabitan dan hukuman penjara lima tahun yang diputuskan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac tahun lepas terhadap sabitan meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang ketika itu berusia 23 tahun, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria, mengetuai panel lima anggota terdiri daripada Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Shariff serta hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali.

Sebelum ini pada 14 April 1999, Anwar didapati bersalah dan dihukum penjara enam tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini atas empat tuduhan rasuah terhadapnya.-Mynewshub.cc
Rafizi Ramli Pula Diarahkan Disiasat Oleh KPN Rafizi Ramli Pula Diarahkan Disiasat Oleh KPN Reviewed by Unknown on February 11, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.