Seo Services

Lagi Rampasan Kayu Balak Haram Di Sarawak



SARIKEI: Pasukan Polis Marin Wilayah5 (PPMW5) bersama Jabatan Perhutanan Sarikei berjaya merampas kayu balak haram dan peralatan membalak bernilai lebih dari RM300,000 berdekatan Sungai Lepah, Batang Paloh di Sarikei tengahari tadi.

Dua warga asing dari Sungkawan dan Sambas, Indonesia yang disyaki terlibat dalam aktiviti pembalakan haram yang tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan ditahan.

Serbuan dibuat lebih kurang jam 12:30 tengahari di sebuah permis di tebing sungai berkenaan yang disyaki sebagai kawasan pembalakan haram.

Hasil pemeriksaan pada tapak yang lengkap dengan pondok kediaman, pasukan tersebut mendapati sebanyak 91 batang kayu balak pelbagai saiz dan jenis yang dpercayai diperolehi secara haram di temui.

Sebuah "excavator" juga dirampas dan jumlah rampasan dianggar berjumlah RM331,000. - Sarawakiana
Lagi Rampasan Kayu Balak Haram Di Sarawak Lagi Rampasan Kayu Balak Haram Di Sarawak Reviewed by Salfian Nawawi on February 06, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.