Seo Services

Mangsa Banjir Di Kota Marudu Bertambah Tengah Hari Ini


KOTA KINABALU: Jumlah mangsa banjir di daerah Kota Marudu meningkat kepada 76 orang daripada 25 keluarga tengah hari ini berbanding 51 orang daripada 15 keluarga yang direkodkan pagi tadi.

Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Sabah, Kolonel Mulliadi Al-Hamdi Ladin berkata, sehingga kini hanya satu pusat pemindahan banjir dibuka iaitu Dewan Komuniti Kota Marudu.

Sementara itu, di SARAWAK, keadaan banjir dan jumlah mangsa banjir tidak berubah pada tengah hari ini.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) negeri berkata jumlah mangsa banjir kini sebanyak 911 daripada 230 keluarga yang ditempatkan di empat pusat pemindahan iaitu satu pusat pemindahan di Betong, Sibu (dua pusat pemindahan), Mukah (satu pusat pemindahan) dan Sarikei (satu pusat pemindahan). - BERNAMA
Mangsa Banjir Di Kota Marudu Bertambah Tengah Hari Ini Mangsa Banjir Di Kota Marudu Bertambah Tengah Hari Ini Reviewed by Unknown on February 03, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.