Seo Services

Marquez Akui Perlu Kerja Keras



SEPANG: Juara dunia Marc Marquez (gambar) mengakui bakal melalui detik cukup sukar musim ini dalam usaha untuk menjulang gelaran dunia buat kali ketiga berturut-turut.

Juara bertahan MotoGP itu berkata, cabaran itu pasti hadir menerusi dua pelumba Yamaha iaitu Valentino Rossi serta Jorge Lorenzo serta rakan sepasukannya sendiri dalam pasukan Repsol Honda, Dani Pedrosa.

“Sudah tentu saya mahu mempertahankan kejuaraan dunia yang dimenangi sejak dua musim lalu.

“Tetapi, sebelum itu kami perlu bekerja keras pada sesi pra musim untuk mendapatkan pelarasan terbaik sebelum bermulanya saingan sebenar.

“Rata-rata pelumba menampakkan peningkatan ketika sesi pra musim. Saya katakan sukar kerana setiap pelumba pasti mahu menewaskan juara bertahan.

“Tapi, bagi saya ia sesuatu yang normal. Sebab itu kami perlu bekerja keras daripada sekarang,” katanya ketika ditemui baru-baru ini selepas sesi ujian pra musim ke di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Jelas Marquez, pasukan Yamaha dilihat begitu pantas pada sesi pra musim dan untuk itu katanya, Honda tidak boleh ketinggalan.

“Saya agak selesa menunggang jentera saya pada sesi ujian pra musim. Segala-galanya memenuhi apa yang pasukan mahukan.

“Apapun, kami perlu cemerlang sejak daripada pusingan pertama di Qatar,” katanya.

Marquez berkata, Sepang bukanlah litar kegemarannya, tetapi tetap menganggap cabaran di sini cukup sukar.

“Saya lebih gemarkan litar seperti di Aragon (Sepanyol), Austin (Amerika Syarikat) serta Phillip Island (Australia),” katanya.
Marquez Akui Perlu Kerja Keras Marquez Akui Perlu Kerja Keras Reviewed by Unknown on February 09, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.