Seo Services

Operasi banteras pembalakan tidak akan berhenti, kata Adenan

Sejak operasi itu dijalankan 6 bulan lepas, tangkapan terhadap pelaku dan rampasan balak dibuat hampir setiap hari.

"Ini menunjukkan betapa seriusnya masalah ini. Kami dapat menghasilkan pengurangan (pembalakan haram) yang signifikan. Kami tidak akan berhenti, hingga tugas ini selesai," katanya pada sidang media selepas merasmikan sambutan ulang tahun ke-43 Rela Peringkat Kebangsaan di Batu Kawah di Kuching, hari ini.

Turut hadir Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, timbalannya Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Ketua Pengarah Rela Lukeman Saaid, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, dan kira-kira 7,000 anggota Rela dari seluruh negara.

Sementara itu, Adenan berkata beliau mahukan Rela dengan keahlian kira-kira 260,000 orang di negeri ini turut menyertai operasi membanteras kegiatan haram itu.

"Anda boleh menjadi mata dan telinga kerajaan untuk membantu tindakan Jabatan Perhutanan, Perbadanan Kehutanan Sarawak, Polis, Polis Marin, Lembaga Sungai Sarawak dan Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak," katanya.

Adenan berkata kilang papan di negeri ini diingatkan supaya tidak membeli balak curi.

"Dalam pada itu, kerajaan negeri memutuskan tidak akan membaharui 67 lesen pembalakan," katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau mengumumkan peruntukan RM2 juta kepada Rela negeri untuk membantu mereka membeli fasiliti baru termasuk pakaian seragam.

Ketua menteri itu memuji Rela kerana sumbangan besar mereka dalam memelihara keamanan dan keselamatan negara khususnya perkhidmatan mereka pada waktu bencana dan kecemasan. – Bernama
Operasi banteras pembalakan tidak akan berhenti, kata Adenan Operasi banteras pembalakan tidak akan berhenti, kata Adenan Reviewed by Admin on February 08, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.