Seo Services

Pekerja Maut, Rakan Parah Dihempap Gulungan Besi



BUTTERWORTH: Seorang pekerja maut manakala rakannya parah selepas dihempap gulungan besi di Pelabuhan Bagan Dalam, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, mangsa dan rakannya sedang melakukan kerja memindahkan gulungan besi terbabit ke dalam kapal.

Sumber berkata, bagaimanapun, gulungan besi itu terjatuh dan menghempap kedua-dua mangsa.

"Seorang daripada mangsa maut di lokasi kejadian manakala rakannya parah dan dikejarkan ke hospital.

"Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian," katanya.
Pekerja Maut, Rakan Parah Dihempap Gulungan Besi Pekerja Maut, Rakan Parah Dihempap Gulungan Besi Reviewed by Unknown on February 08, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.