Seo Services

Pembinaan Jajaran Lebuhraya Pan Borneo Sepanjang 963KM Bernilai RM14.4B


KOTA SAMARAHAN: Pembinaan Jajaran Lebuhraya Pan Borneo sepanjang 936 kilometer di Sarawak dijangka siap sepenuhnya selewat-lewatnya pada tahun 2022 dengan anggaran kos RM14.5 bilion.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, Projek Lebuhraya Pan Borneo adalah merupakan projek naiktaraf jalan sedia ada kepada empat lorong dua hala yang mana pakej seterusnya akan dimulakan pada pertengahan tahun 2016.

"Pembinaan pakej yang pertama Lebuhraya Pan Borneo iaitu projek naiktaraf Jalan Simpang Nyabau ke Simpang Bakun bernilai RM44 juta dijangka penghujung Mac tahun ini."

Fadillah, yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya berkata demikian ketika di ditemui selepas Majlis Perasmian Pembinaan Jambatan Batang Samarahan pagi tadi.

"Sebanyak 22 lorong memotong di laluan Lebuhraya Pan Borneo dengan kos sebanyak RM189 juta akan dibina dalam tahun ini," katanya sambil menambah, bagi mempercepatkan pembinaan lorong memotong ini kita telah menggunakan kaedah baharu iaitu ia dijalankan dengan kerjasama awam dan swasta dan kementerian akan memantau pelaksanaannya,"katanya.

"Sebanyak 95 laluan memotong akan dibina secara keseluruhan di Lebuh Raya Pan Borneo dengan kos sebanyak RM645 juta di mana, 10 lorong pertama berjumlah RM23 juta telah siap dibina pada tahun 2012, manakala sembilan daripada 10 lorong memotong yang dilaksana secara tender terbuka bernilai RM45 juta telah siap manakala satu lagi masih dalam pembinaan."

Beliau menyatakan, lima lorong memotong yang dibina secara arahan kerja berjumlah RM31 juta juga masih dalam pembinaan.

Turut hadir pada majlis tersebut; Timbalan Ketua Menteri Datuk Paringgi Tan Sri Akfred Jabu Numpang yang mewakili Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem, Menteri Pembangunan Infrastruktur Dan Perhubungan Dato Sri Michael Manyin Jawong dan dif-dif kenamaan yang lain.- Sarawakiana
Pembinaan Jajaran Lebuhraya Pan Borneo Sepanjang 963KM Bernilai RM14.4B Pembinaan Jajaran Lebuhraya Pan Borneo Sepanjang 963KM Bernilai RM14.4B Reviewed by Salfian Nawawi on February 06, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.