Seo Services

PUBS Cari Pengalaman Di IKS Sepang




SEPANG: Para usahawan, khususnya usahawan bumiputera seharusnya bijak mengambil pelbagai peluang perniagaan untuk menaikkan taraf kehidupan.

Pengerusi Persatuan Usahawan Bumiputera Sibu (PUBS) Kushari Bujang menyatakan, sekira mereka tekun dan komited dalam menjalankan perniagaan mereka, tidak mustahil mereka akan berjaya seperti usahawan-usahawan lain.

Kushairi berkata demikian kepada lebih 20 ahli PUBS semasa melawat perkampungan IKS di sini sempena lawatan PUBS ke Putrajaya 2015 sebentar tadi.

"Jika ingin berjaya, kita mesti berani mencuba dalam sesuatu industri yang baru maka di sinilah (perkampungan IKS Sepang) kita mencari dan menambahkan pengalaman untuk kita bawa balik dan gunakan ke Sibu kelak."

"Hanya dengan berusaha, kita boleh mengubahkan status kehidupan kita ke tahap yang lebih baik dari sekarang maka jangan sekali kita menolak peluang dan ruang perniagaan yang ada."

Lawatan pada hari kedua lawatan PUBS ke Putrajaya menyaksikan para perserta didedahkan dengan pelbagai proses barangan pengeluaran IKS.

Antara kilang-kilang yang dilawat oleh mereka ialah kilang kerepek, "frozen food" dan lain-lain lagi. -Sarawakiana
PUBS Cari Pengalaman Di IKS Sepang PUBS Cari Pengalaman Di IKS Sepang Reviewed by Salfian Nawawi on February 02, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.