Seo Services

Richard Riot Menafikan Dirinya Sedang Sakit


KUCHING: Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot menafikan khabar angin bahawa beliau sedang sakit melihat kepada susuk tubuh badannya yang semakin susut.

Sebaliknya menurut Riot yang juga Ahli Parlimen Serian, perubahan pada susuk tubuhnya kini adalah kerana beliau mengamalkan diet dan detox.

“Daripada cara bercakap anda sudah tahu yang saya sihat. Adakah saya kelihatan seperti orang sakit?” soal Riot ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina baru-baru ini.

“Sejujurnya, saya sebenarnya mengamalkan diet dan detox. Saya sihat sempurna, jangan risau,” katanya.

Riot yang juga timbalan presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), memulakan kerjaya politiknya apabila menang buat pertama kalinya di kerusi Serian pada 1990 sebagai calon Bebas.

Pada 1995, beliau sekali lagi berjaya mempertahankan kerusi Serian atas tiket SUPP dan mengekalkan momentum kemenangan pada pilihan raya seterusnya iaitu pada 1999, 2004, 2008 dan 2013.

Selepas berkhidmat lebih daripada 20 tahun sebagai wakil rakyat, Riot telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Luar susulan rombakan kecil kabinet pada 1 Jun 2010.

Selepas kemenangan pada pilihan raya 2013, Riot dilantik sebagai Menteri Sumber Manusia sekali gus mencatat sejarah sebagai orang Bidayuh pertama memegang jawatan menteri penuh dalam kabinet Malaysia.

Malah Riot juga merupakan pemimpin bukan Cina yang pertama dilantik sebagai timbalan presiden SUPP pada perhimpunan tiga tahun sekali 2011. - UB
Richard Riot Menafikan Dirinya Sedang Sakit Richard Riot Menafikan Dirinya Sedang Sakit Reviewed by uMieySurianie on February 23, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.