Seo Services

STING Bongkar Makmal Dadah Di Sungai Pinang

 
KUALA LUMPUR: Polis berjaya membongkar kegiatan sebuah makmal haram memproses dadah dan merampas sebanyak 103 kilogram heroin di Sungai Pinang, Pulau Pinang, hari ini.

Pembongkaran oleh Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) itu turut berjaya menahan empat suspek termasuk bahan memproses dadah berkenaan.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi akaun Twitternya, @KBAB51 sebentar tadi.

"Syabas STING @PDRMsia baru saja berjaya bongkar makmal dadah, tangkap empat orang di Sungai Pinang, Pulau Pinang. Rampas 103kg heroin dan bahan proses heroin," katanya.-BH
STING Bongkar Makmal Dadah Di Sungai Pinang STING Bongkar Makmal Dadah Di Sungai Pinang Reviewed by Unknown on February 05, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.