Seo Services

TERKINI! Pesawat TransAsia Bawa 58 Penumpang Terhempas

Pesawat TransAsia ATR 72-600 yang membawa 58 penumpang termasuk anak kapal dilaporkan terhempas di kawasan tasik berdekatan bandaraya Taipei, Taiwan.

Pesawat TransAsia ATR 72-600 dilaporkan jatuh menjunam melanggar jambatan sebelum terhempas masuk ke dalam tasik.

Ketika ini 17 penumpang pesawat tersebut telah berjaya diselamatkan termasuk 2 orang kanak-kanak dan anggota penyelamat dalam usaha menyelamatkan puluhan yang terperangkap.

Ini adalah kali kedua pesawat dari penerbangan TransAsia dilaporkan terhempas dalam jangka masa setahun.

9 orang dilaporkan maut menerusi laporan media tempatan Taiwan.

Kesemua mangsa yang terselamat dibawa ke hospital untuk rawatan susulan.

Pada Julai lepas, pesawat milik TransAsia juga dilaporkan terhempas di Taiwan dan mengorbankan 48 nyawa penumpang dalam nahas tersebut.-Sarawakiana




Satu rakaman berkenaan saat sebelum pesawat itu terhempas juga kini tersebar menerusi youtube.

TERKINI! Pesawat TransAsia Bawa 58 Penumpang Terhempas TERKINI! Pesawat TransAsia Bawa 58 Penumpang Terhempas Reviewed by Unknown on February 04, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.