Seo Services

Tiada Sekatan Amal Ajaran Agama Di MRSM - Pengerusi Mara

KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Isu pelajar bukan Islam dilarang daripada mengamalkan ajaran agama masing-masing tidak pernah berlaku di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) kerana ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Tan Sri Annuar Musa berkata seperti yang termaktub dalam Perlembagaan, agama Islam adalah agama rasmi, manakala penganut agama lain bebas mengamalkan ajaran masing-masing.

"Maklum balas yang diterima daripada pelajar bumiputera lain di MRSM juga menafikan (larangan ini)...larangan pelajar membawa bible (ke MRSM) tidak pernah dikuatkuasakan, tidak jadi masalah bawa bible.

"Penjelasan yang dibuat menteri (Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal) juga tepat kerana benda itu tidak wujud," katanya kepada Bernama selepas menutup Seminar Giatmara 2015 'Mendahului Agenda Bumiputera', di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan seorang pemimpin pembangkang yang disiarkan sebuah portal berita Sabtu lepas, mendakwa peraturan MRSM di Sarawak dikatakan mula membimbangkan ibu bapa kerana cenderung terhadap garis panduan berkaitan agama Islam.

Pada Ahad, Mohd Shafie berkata MRSM tidak pernah mengenakan peraturan tambahan yang menyekat pelajarnya dari-pada menganuti dan mengamalkan ajaran agama masing-masing.

"Kita beri jaminan pusat latihan kita (MARA) termasuk MRSM adalah pusat untuk lahirkan bangsa Malaysia akan datang, kita berpandukan kepada perlembagaan dan tidak terdapat keadaan mengamalkan apa-apa bentuk yang tidak mencerminkan semangat 1Malaysia," kata Annuar.

-- BERNAMA
Tiada Sekatan Amal Ajaran Agama Di MRSM - Pengerusi Mara Tiada Sekatan Amal Ajaran Agama Di MRSM - Pengerusi Mara Reviewed by Admin on February 09, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.