Seo Services

Tinjauan: 98% Setuju Syarikat Telco Negara Ini Kuat Menipu!



Satu tinjauan yang dilakukan di laman web Mynewshub berkenaan syarikat telekomunikasi (Telco) di negara ini mendapati 98 peratus daripada 1,932 undian bersetuju mereka ‘kuat menipu’ pengguna.

Hanya 2 peratus sahaja tidak setuju dengan kenyataan berkenaan.

Mynewshub sebelum ini pernah melaporkan tindakan beberapa Telco yang dikesan banyak melakukan penipuan dengan pelbagai cara antaranya melibatkan penggunaan data internet.

Perkara ini dipersetujui Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan apabila mendedahkan pada satu sidang media 13 Januari lepas, syarikat Telco tertentu melakukan penipuan terancang.

“Itu penipuan, pelanggan melanggan 3 gigabyte (GB) dapatnya 1.5GB, kadang-kadang tidak dapat langsung. Orang pun marah pilih syarikat telekomunikasi lain tetapi perlu menandatangani kontrak selama dua tahun,” katanya.

Antara penipuan yang dikesan adalah perkhidmatan perayauan antarabangsa (roaming) yang mengenakan caj tidak munasabah kepada pelanggan yang berada di luar negara tanpa mengetahui sistem berkenaan telah diaktifkan hingga ada kes pengguna tiba-tiba dapat bil RM80,000.

Selain itu, para pelanggan juga kerap membuat aduan berkenaan kehilangan kredit pra-bayar secara tiba-tiba, kebanyakannya disebabkan ditolak penggunaan internet harian, padahal pelanggan sudahpun membuat langganan bulanan.

Kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mencadangkan agar pengguna memboikot peniaga yang enggan menurunkan harga, patut ditujukan juga kepada syarikat Telco yang kuat menipu seperti ini.

Angka 98 peratus bukan kecil jika melihat undian yang dijalankan di Internet, sekaligus ia membayangkan pengguna sudah lama dihimpit masalah ini tanpa pembelaan.

Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) perlu melihat kepada isu ini khususnya tindakan Telco mengenakan caj tidak munasabah sesuka hati kadangkala ‘secara rahsia’ hingga membebankan pengguna.

Jika pihak berkuasa terus berdiam tanpa usaha membanteras penipuan syarikat Telco ini, maka jadilah seperti kata Nadzim yang turut dikenali sebagai Tok Ki, “pengguna sudah sedia menyerahkan diri mereka untuk ditipu dari buaian sehingga ke liang lahad..”-MYNEWSHUB.CC

Tinjauan: 98% Setuju Syarikat Telco Negara Ini Kuat Menipu! Tinjauan: 98% Setuju Syarikat Telco Negara Ini Kuat Menipu! Reviewed by Unknown on February 07, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.