BRAZIL: Seramai
28 banduan melarikan diri dari sebuah penjara di Brazil selepas tiga
wanita yang berpakaian fantasi ala pakaian seragam polis berjaya ‘menggoda’
tiga warden penjara, menurut satu laporan.
Polis menemui
ketiga-tiga warden penjara berkenaan dalam keadaan berbogel dan digari di dalam
penjara awam Nova Mutum, dekat Cuiaba, tengah Brazil pada waktu pagi selepas
insiden banduan melarikan diri itu.
Menurut penyiasat,
ketiga-tiga wanita tersebut dilaporkan memberikan minuman keras yang telah diletakkan
dadah di dalamnya kepada warden penjara dan memperdayakan mereka untuk
menyertai satu ‘pesta liar’.
Sekumpulan banduan
melarikan diri menggunakan pintu utama, malah sempat mengambil senjata dari
tempat persembunyian di penjara tersebut.
Polis kemudiannya
menemui sebuah beg yang mengandungi pakaian dalam wanita dan pakaian seragam
polis yang digunakan wanita sebagai fantasi untuk melakukan hubungan seks,
dipercayai telah dipakai oleh ketiga-tiga wanita berkenaan bagi menggoda warden
penjara.
Menurut polis,
ketiga-tiga wanita tersebut, di mana salah seorangnya dilaporkan merupakan
teman wanita kepada salah seorang banduan yang melarikan diri, tiba di penjara
itu pada pukul 3 pagi Khamis waktu tempatan dan meminta kebenaran untuk berada
di dalam kawasan penjara untuk berbual dan minum.
Warden penjara itu
dilaporkan memenuhi permintaan itu dan kemudiannya diperdayakan untuk
meninggalkan tempat bertugas bagi menemani wanita tersebut ke kuartes
kakitangan.
Menurut ketua
polis, Angelina de Andrades Ferreira, kesemua warden penjara itu
kemudiannya diberikan dadah sebelum tangan mereka digari.
Tambahnya, ketiga-tiga
wanita itu kemudiannya mengambil kunci dan membuka semua sel penjara,
menyebabkan sekumpalan banduan berjaya melarikan diri.
Bercakap pada sidang
media, beliau berkata: “Rancangan mereka adalah untuk menggoda warden penjara
dengan memberikan minuman yang mengandungi dadah supaya mereka khayal.
Kemudiannya membuka pintu utama yang menghubungkan sel penjara di bahagian
dalam.
“Mereka yang melarikan
diri melalui pintu hadapan.
“Kesemua warden yang
khayal tidak dapat mengingati apa-apa. Seorang daripada mereka ditemui dalam
keadaan pening kepala dan cuba untuk bangun. Seorang lagi tidur sepanjang waktu
petang sehingga tidak dapat disoal siasat.
Polis kini sedang
memburu kesemua 28 banduan yang melarikan diri menerusi satu operasi mencari
secara besar-besaran.
Polis berkata, seorang
banduan ditemui berjalan-jalan dengan memegang senapang yang dicuri di sekitar
tengah bandar Nova Mutum.
Manakala seorang lagi
ditangkap selepas mencuri sebuah trak dari ladang dan kemudiannya terbabit
dalam satu kemalangan. – mirror.co.uk
Warden Penjara Digoda 3 Wanita, 28 Banduan Berjaya Melarikan Diri
Reviewed by JANUARIUS
on
February 09, 2015
Rating:
No comments: