KUCHING: Sebuah jambatan baru sepanjang 100 meter bernilai RM1 juta akan dibina bagi mengganti jambatan kayu yang menghubungkan penduduk Kampung Kudei Lama dan Kampung Kudei Baru di sini.
Menteri Perumahan dan Pelancongan Sarawak Datuk Amar Abang Haji Johari Tun Openg berkata, sudah sampainya masa, jambatan kayu hanya akan dapat dilalui oleh pejalan kaki dan motosikal sahaja yang sudah uzur tersebut diganti.
"Jambatan baru ini dijangka siap sebelum bulan Disember tahun ini," katanya lagi kepada pemberita ketika mengadakan Lawatan Kerja Projek Jambatan Kampung Kudei Lama dan Kampung Kudei Baru di Dewan Serbaguna Kampung Kudei hari ini.
Johari, yang juga ADUN Satok menyatakan, Dewan Kampung Kudei Lama yang terletak berdekatan dengan jambatan tersebut juga akan dibangunkan semula dan sedang dalam pembinaan.
Beliau juga mengumukan peruntukan sebanyak RM100,000 bagi projek pembesaran dewan untuk masayarakat bukan Melayu di Kampung Kudei Baru.
"Selain projek jambatan, sekitar kawasan Satok akan dicerahkan lagi dengan penggunaan cahaya lampu led di semua jalan raya termasuk di lorong-lorong seluruh kawasan Satok," katanya lagi.
"Bagi tujuan tersebut, kerajaan telah memberikan peruntukan perbelanjaan untuk lampu cahaya LED di kawasan Satok sebanyak RM1.7 juta dan akan dilaksanakan oleh pihak DBKU,” katanya lagi.
Menurut beliau, dengan adanya penggunaan lampu cahaya LED tersebut agar dapat mengurangkan kos dari sudut penjanaan kuasa.
“Saya rasa inilah satu-satu tempat (Satok) di Bandaraya Kuching yang akan banyak menggunakan lampu cahaya LED sepertimana yang saya lihat kebanyakkan bandar yang saya lawati mereka telah menukar lampu konvensional kepada lampu LED.”
Selain itu, peruntukan RM800,000 bagi projek naik taraf persimpangant akan dipasang lampu isyarat bagi memudahkan pengurusan laluan kereta yang begitu banyak di Jalan Haji Mataim, Jalan Muhibbah dan Jalam Ajibah Abol. - Sarawakiana
Penduduk Kampung Kudei Akan Nikmati Jambatan Baru
Reviewed by Unknown
on
March 05, 2015
Rating:
Reviewed by Unknown
on
March 05, 2015
Rating:


No comments: