Seo Services

Chong Hanya Mahu Menjadi ‘Hero’ DUN


KUCHING: Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan Dato Sri Michael Manyin Jawong menyifatkan Chong Chieng Jen (DAP-Kota Sentosa) yang membangkitkan isu kontraktor utama bagi projek Lebuh Raya Pan Borneo hanya sekadar mahu menjadi ‘hero’ di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Beliau memberitahu Chong sepatutnya membawa isu dan persoalan mengenai projek itu ke Dewan Parlimen bukannya di DUN.

“Ia soalan yang bodoh, sudah tahu ia (isu kontraktor utama dan subkontraktor Projek Lebuh Raya Pan Borneo) hal persekutuan bawalah di Dewan Parlimen kerana anda sebagai Ahli Parlimen (Bandar Kuching),” katanya.

Beliau berkata demikian pada ucapan penggulungan bagi kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, semalam.

Terdahulu, Chong mencelah semasa Manyin menyampaikan ucapan penggulungan kementeriannya dengan bertanyakan keuntungan syarikat kontraktor utama dan penentuan syarikat subkontraktor untuk projek pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo di negeri ini.

“Kamu membangkitkan isu ini bukan sebab dasar kerajaan tetapi hanya mahu publisiti dan menjadi hero di dewan (DUN) sahaja,” tambahnya.

Mengenai perkembangan lain, Manyin berkata, sepanjang 5,000 kilometer jalan di pedalaman menghubungkan kampung-kampung di luar bandar telah dikenal pasti menerusi perbincangan makmal bersama agensi kerajaan berkaitan.

“Jumlah peruntukan yang diperlukan untuk membina jalan (jenis) R1 ini dianggarkan sebanyak RM15 bilion,” jelasnya.

Menyentuh tentang lebuh raya pesisir, beliau berkata kerajaan memberi perhatian yang sewajarnya untuk membangunkan jalan pesisir di negeri ini.

Menurutnya, kementeriannya telah mengemukakan permohonan dana di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) untuk menghubungkan Selalang ke Tanjung Manis melibatkan jalan sepanjang 33 kilometer dan tiga jambatan dengan kos dianggarkan sebanyak RM3.13 bilion.

“Kami juga memohon untuk menaik taraf jalan pesisir melibatkan jalan sepanjang 83 kilometer di bawah RMK-11 melibatkan peruntukan RM400 juta,” katanya. - UB
Chong Hanya Mahu Menjadi ‘Hero’ DUN Chong Hanya Mahu Menjadi ‘Hero’ DUN Reviewed by Salfian Nawawi on April 29, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.