Seo Services

Keputusan Pelaburan Sektor Minyak Dan Gas Harus Berdaya Saing


Keputusan pelaburan di dalam sektor minyak dan gas memerlukan perancangan yang teliti dan projek yang dicadangkan haruslah berdaya saing. 

Menteri Pembangunan Perindustrian Datuk Haji Julaihi Narawi berkata, di samping itu ia juga bergantung kepada keperluan pasaran serta perkembangan permintaan terhadap hasil minyak dan gas.

"Buat masa sekarang,negeri Sarawak telah pun dibangunakan sebagai salah satu hab LNG yang utama dan dikenali di seluruh dunia, melalui Kompleks LNG Petronas."

Julaihi menjelaskan, ianya telah beroperasi lebih daripada 30 tahun dan telah menjana limpahan ekonomi yang besar kepada Sarawak dan rakyatnya termasuk peluang pelaburan tempatan, peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan dan pembangunan tenaga kerja mahir dalam sektor minyak dan gas.

"Dalam masa yang sama, Petronas juga telah membina terminal minyak yang telahpun sedia beroperasi iaitu Miri Crude Oil Terminal (MCOT) di Miri dan Bintulu Crude Oil Terminal (BCOT) di Bintulu."

"Selain itu, projek-projek mega lain yang akan dilaksanakan di Sarawak seperti projek Train 9 dan projek Floating LNG 1 (FLNG1) akan mengukuhkan lagi kedudukan Sarawak sebagai hab LNG di mata dunia."

Beliau menambah, selain dari LNG, Petronas juga terlibat dala pengusahaan loji ASEAN Bintulu Fertilizer (ABF) yang mengeluarkan produk seperti urea dan ammonia untuk pasaran eksport. Loji tersebut telah beroperasi di Bintulu sejak tahun 1983 lagi.

"Walaubagaiamanpun, Petronas akan terus meneroka peluang-peluang pertumbuhan baru yang mempunyai potensi untuk memberikan manfaat komersial dan ekonomi kepada negeri Sarawak," katanya lagi.

Julaili berkata demikian ketika menjawab soalan dari ADUN Sadong Jaya Aidel Lariwoo mengenai mengapa projek terminal minyak dan gas tidak dibangunkan di Miri atau Bintulu. - Sarawakiana
Keputusan Pelaburan Sektor Minyak Dan Gas Harus Berdaya Saing Keputusan Pelaburan Sektor Minyak Dan Gas Harus Berdaya Saing Reviewed by Unknown on April 24, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.