ALOR GAJAH: Lelaki maut selepas kereta yang dipandunya terbabit dalam kemalangan di Kilometer 212.4 Lebuhraya PLUS arah selatan, di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira 8.30 pagi itu, mangsa Azman Haris, 49, dikatakan dalam perjalanan dari Kemaman ke Johor Bahru.
Sumber berkata, sebaik tiba di lokasi kejadian mangsa dipercayai gagal mengawal keretanya lalu terbalik sebelum berpusing ke bahu jalan.
“Ekoran hilang kawalan, kereta yang dipandu mangsa terbalik sebelum berpusing lebih lima kali.
“Mangsa yang tercampak ke bahu jalan maut di tempat kejadian dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat. ,” katanya. – Harian Metro Online
Lelaki Maut, Porsche Dipandu Terbabas
Reviewed by Unknown
on
April 29, 2015
Rating:
No comments: