Seo Services

Pesawat Tentera AS Hilang Dari Radar


Sebuah pesawat minyak Tentera Amerika Syarikat (AS) hilang dari radar ketika melalui Selat Inggeris pagi Rabu.

Portal Mail Online melaporkan pesawat KC-135 Stratotanker itu meninggalkan Amiens di utara Perancis pada pukul 11.05 malam waktu Britain (7.05 pagi waktu Malaysia).

Berdasarkan laman web pengesanan penerbangan, ia kali terakhir dilaporkan terbang antara Dover, United Kingdom (UK) dan Calais, Perancis 15 minit kemudian.

Bagaimanapun tidak dipastikan lagi mengapa pesawat itu terbang di bawah kod QID72 dan berpengkalan di Mildenhall di Suffolk, UK hilang dari radar pada pukul 11.20 malam (7.20 pagi waktu Malaysia).

Memetik laporan Daily Express, pesawat itu didakwa mengalami kecemasan dalam penerbangan ketika melalui Selat Inggeris.

Tentera AS mengggunakan pesawat Boeing KC-135R sejak 1950-an dan pada awalnya ia dibeli untuk menyokong pengebom dari Perintah Udara Strategik.

Pada 2013, tiga tentera udara AS maut apabila pesawat minyak mereka terhempas di pergunungan Kyrgyzstan.

Pasukan penyiasat mendapati nahas berpunca daripada masalah pada sistem kawalan pesawat. – MAIL ONLINE
Pesawat Tentera AS Hilang Dari Radar Pesawat Tentera AS Hilang Dari Radar Reviewed by Unknown on April 29, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.