Seo Services

Tertekan Dipercayai Punca Mangsa Buli Minum Racun


SIBU: Seorang pelajar perempuan tingkatan tiga dipercayai gagal mengawal tekanan akibat jadi mangsa buli di sekolah dikejar ke hospital selepas disyaki minum racun rumput.

Dalam kejadian sekitar jam 6 pagi semalam, kakak mangsa mencurigai sesuatu tidak kena selepas mendapati wajah adiknya kelihatan pucat.

Apabila mendapati adiknya meminum racun, kakak dan ahli keluarga terus menghantarnya ke hospital pada jam 6.30 pagi.

Menurut sumber, mangsa pergi ke rumah kakaknya pagi itu dan enggan pergi ke sekolah.

Katanya, mangsa dipercayai meminum sejenis cecair berwarna hijau dan belum dapat dipasti jenis racun serta kuantiti diminumnya.

Mangsa kini telah dimasukkan di wad dan telah melalui pemeriksaan X-ray.

Difahamkan lagi, mangsa masih mampu berbual-bual dengan ahli keluarganya semasa dimasuk ke wad hospital dan keadaannya dilaporkan stabil.

Menurut sumber, mangsa telah dibuli beberapa pelajar lain termasuk pelajar senior di sekolah berkenaan sejak dua hingga tiga bulan lalu.

Katanya, mangsa mungkin tidak tahan menanggung tekanan dan nekad mengambil tindakan drastik sehingga cuba membahayakan nyawa sendiri.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Mohd Kamal Kordi ketika dihubungi mengesahkan menerima kes tersebut.

Kes tersebut telah dilaporkan di Balai Polis Sibu Jaya sekitar jam 10 pagi semalam. - UB
Tertekan Dipercayai Punca Mangsa Buli Minum Racun Tertekan Dipercayai Punca Mangsa Buli Minum Racun Reviewed by Salfian Nawawi on April 24, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.