Seo Services

Atap Rumah Hampir Tercabut Akibat Ribut, Penghuni Lari Selamatkan Diri


Semasa ribut melanda di Kampung Selang Laut, Telaga Air terdapat lima orang berada didalam rumah yang atapnya hampir tercabut semalam.

Dalam kejadian pada 7.30 malam itu, kesemua yang berada didalam rumah milik Osman Latip, 50-tahun berlari meluru keluar dari permis berkenaan apabile terdengar bunyi angin yang kuat.

Menurut sumber Sarawakiana di tempat lokasi, "Hanya rumah mangsa yang terkena ribut yang melanda hanya beberapa minit tersebut dan tiada kecederaan yang laporkan dalam kejadian tersebut dan mangsa kini menumpang di rumah saudara mara.

Beberapa agensi; Jabatan Bomba dan Penyelamat, penghulu, Ketua Kaum kawasan, wakil ADUN Pantai Damai dan Jabatan Kebajikan Masyarakat telah melawat lokasi, tambah sumber tersebut lagi.

Satu lapuran polis telah dibuat mengenai kejadian tersebut.

(Updated) ADUN Pantai Damai Dr Haji Abdul Rahman Junaidi siang tadi melawat ke lokasi dan memberi  sumbangan kepada keluarga mangsa. - Sarawakiana






Atap Rumah Hampir Tercabut Akibat Ribut, Penghuni Lari Selamatkan Diri Atap Rumah Hampir Tercabut Akibat Ribut, Penghuni Lari Selamatkan Diri Reviewed by Salfian Nawawi on May 04, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.