Seo Services

Shahz Jaszle Sah Bergelar Suami Hanis Husna


Tahniah diucapkan kepada pelakon Shahz Jaszle yang sudah sah bergelar suami kepada kekasih hatinya, Hanis Husna, Jumaat lalu.

Majlis pernikahan pasangan ini dikatakan berlangsung di kediaman pengantin perempuan di Kelantan.

Aktor berusia 27 tahun itu sebelum ini pernah bertunang dengan Redzwani Puteri namun hubungan mereka tidak kesampaian gara-gara nama Shahz terpalit dengan satu kes khalwat dengan wanita yang dikenali sebagai Farah dua tahun lalu.

Semoga perkahwinan ini dapat menutup segala kisah-kisah kontroversi yang pernah melanda Shahz sebelum ini dan diharapkan bahtera kedua pasangan sama cantik sama padan ini akan berkekalan sehingga ke jannah. InsyaAllah.– MYNEWSHUB.CC
Shahz Jaszle Sah Bergelar Suami Hanis Husna Shahz Jaszle Sah Bergelar Suami Hanis Husna Reviewed by Unknown on May 05, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.