Seo Services

Gandingan Pekerja Dan Kerajaan Elemen Utama Pembangunan Negara - Nancy


Menteri Di Pejabat Perdana Menteri Hajah Nancy Shukri menyatakan, beliau menyokong tema Hari Pekerja pada tahun ini, iaitu, 'Pekerja Sihat Produktiviti Meningkat' kerana untuk meningkatkan produktiviti pekerja mestilah sihat dan seiring dengan tema ini kerajaan perlu peka dengan keperluan para pekerja sama ada dari segi kebajikan, kemudahan serta kesejahteraan mereka.

"Berganding dengan kerajaan ialah pekerja yang turut memainkan peranan yang penting dalam pembangunan," katanya lagi.

Dalam konteks ini, Nancy berkata, kerajaan menggalakkan pekerja untuk memberi idea kepada majikan dan kerajaan cara mana boleh memberi keseimbangan kesejahteraan pekerja.

"Ini kerana kita tidak dapat mengabaikan bahawa mereka juga mempunyai keluarga untuk ditanggung."

Beliau berkata demikian kepada pemberita setelah menghadiri Majlis Sambutan Hari Pekerja yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di BCCK di Kuching hari ini.

"Sebagai Menteri yang turut memain peranan dalam Kabinet, saya melihat kesungguhan kerajaan dalam merencanakan faedah dan manafaat unntuk pekerja."

"Pada masa yang sama kita perlu realistik apabila membuat dasar melibatkan kewangan," katanya sambil menambah, banyak bencana yang berlaku juga menjadi tanggungan kerajaan sehingga kerajaan terpaksa menyusun semula strategi ekonomi."

"Saya percaya, dalam hal ini, pekerja juga boleh membantu untuk meningkatkan produktiviti mereka, sejurus itu meningkatkan hasil dan ekonomi negara," katanya sambil menambah, ini boleh dicapai dengan memastikan efisiensi dipentingkan dan efisiensi ada hubungkaitnya dengan penjimatan dan peningkatan hasil kerajaan.

"Pertama, kerajaan boleh menjimatkan perbelanjaan untuk bayaran elaun lebih masa, perbelanjaan bil di pejabat dan juga mengelakkan pembaziran."

"Dengan itu, kuranglah perbelanjaan, pada masa yang sama pekerja pula boleh bekerja mengikut masa pejabat tanpa bekerja lebih masa."

Nancy berkata, mereka boleh mengguna masa itu dengan keluarga mereka dan selain itu, efisiensi juga boleh mengurangkan korupsi kerana lebih ramai yang membantu memerhati mereka yang menyeleweng dalam pekerjaan mereka.

"Secara tidak langsung banyak wang dari segi percukaian boleh masuk dalam 'coffer' kerajaan kalau kita boleh memungut hasil yang lebih untuk negara kita," katanya sambil menambah, di sinilah kita perlu penguatkuasa yang cekap. 

"Ada pihak peniaga yang mengelakkan diri dari membayar cukai kepada kerajaan, sebab itu kerajaan memperkenalkan GST," tegas Nancy sambil menambah, kalau diamalkan dengan betul, GST boleh meningkatkan ekonomi negara. 

"Gandingan kerajaan, persatuan pekerja dan persatuuan majikàn harus kekal bekerjasama supaya boleh memikirkan yang terbaik demi pekerja," katanya lagi. - Sarawakiana
Gandingan Pekerja Dan Kerajaan Elemen Utama Pembangunan Negara - Nancy Gandingan Pekerja Dan Kerajaan Elemen Utama Pembangunan Negara - Nancy Reviewed by Unknown on May 01, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.