Seo Services

Tenaga Kerja Sarawak, Aset Pemacu Mencapai Status Negera Maju - Adenan


Tenaga kerja Sarawak yang kini berjumlah 1.1 juta orang memainkan peranan yang amat penting dalam usaha Kerajaan Negeri memacu pembangunan mencapai status negeri maju pada tahun 2030. 

Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem berkata, selain kekayaan sumber alam yang pelbagai, asset terpenting negeri Sarawak sebagai sebuah organisasi adalah warga pekerja yang menggerak enjin pertumbuhan ekonomi dan turut berperanan memelihara keutuhan institusi sosial.

"Dalam hal ini, pemilihan tema “Pekerja Sihat , Produktiviti Meningkat” adalah amat bertepatan sekali kerana pekerja yang sihat dapat memberi sumbangan lebih baik bukan sahaja semasa melaksanakan tugasan kerja, tetapi juga semasa menjalankan tanggungjawab sebagai seorang anggota keluarga dan masyarakat."

Adenan menegaskan, aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan di negeri Sarawak perlu terus dimantapkan lebih-lebih lagi banyak projek pembangunansedang dilaksanakan, termasuk dikawasan Koridor tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak Corridor Of Renewable Energy (SCORE). 

"Pembangunan SCORE meliputi kawasan seluas 70,000 hektar ini menawarkan pelbagai peluang pekerjaan kepada rakyat Sarawak dalam 10 sektor utama yang telah dikenalpasti. Industri- industry berimpak tinggi dikawasan SCORE seperti pembuatan aluminium, industry kaca, industry berorientasikan minyak dan industry pembuatan besi akan melonjakkan produktiviti negeri Sarawak ketahap yang lebih tinggi apabila semua industri berkenaan beroperasi sepenuhnya kelak."

"Pada masa yang sama, industri sedia ada seperti industri perkayuan, perladangan kelapa sawit, ternakan dan perlancongan akan terus ditambahbaik bagi meningkatkan tahap daya saing negeri Sarawak secara keseluruhannya."

Beliau menambah, lanjutan daripada itu, pembangunan pesat negeri Sarawak juga member pelbagai cabaran dalam aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan, khususnya bagi mencegah berlakunya kemalangan dan penyakit berkaitan pekerjaan. 

"Sehubungan itu, aspek penguatkuasaan perundangan dan promosi keselamatan dan kesihatan pekerjaan di negeri ini perlu digiatkan untuk meningkatkan pematuhan seterusnya mengurangkan kemalangan industry dan penyakit pekerjaan."

"Selain itu, adalah amat wajar jika aspek keselamatan dan kesihatan diletakkan sebagai salah satu daripada prosedur tadbir urus terpenting bagi sesebuah organisasi," kata Adenan lagi.

Beliau berkata demikian dalam ucapamnya pada Majlis Perhimpunan Hari Pekerja 2015 yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) di sini pada pagi tadi.

"Dalam kita melaksanakan pelbagai program mempertingkatkan produktiviti, warga pekerja di Malaysia sememangnya amat bertuah kerana kerajaaan tidak pernah melupakan kebajikan warga pekerja."

Di negeri Sarawak ini, jelas Adenan, kita amat menghargai peranan signifikan dan meluas Kementerian Sumber Manusia melalui pelbagai jabatan dan agensi bagi memastikan kebajikan warga pekerja terus dipelihara. 

"Ini termasuklah penyediaan perlindungan keselamatan sosial, dasar keselamatan dan kesihatan pekerjaan, keharmonian hubungan perusahaan, pembanguna tenaga mahir dan sebagainya."

"Saya percaya, sedang kita menuju status negara maju, Kerajaan dibawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan terus memperkenalkan langkah-langkah baharu bagi memastikan hak-hak pekerjaan yang diumumkan oleh beliau dalam ucapan bajet 2015 yang lalu."

"Dalam hal ini, saya menyeru warga pekerja, majikan dan pihak industri khususnya di negeri Sarawak untuk menyokong hasrat kerajaan melaksanakan Sistem Insurans Pekerjaan ini supaya pelaksanaanya keak dapat berjalan dengan lancar," kata Adenan lagi. - Sarawakiana


Tenaga Kerja Sarawak, Aset Pemacu Mencapai Status Negera Maju - Adenan Tenaga Kerja Sarawak, Aset Pemacu Mencapai Status Negera Maju - Adenan Reviewed by Unknown on May 01, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.