Seo Services

Masyarakat Pantai Damai Akan Terus Menyokong BN


ADUN Pantai Damai Dr Haji Abdul Rahman Junaidi meluahkan penghargaan dan terimakasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana sudi meluangkan masa merasmikan Masjid Nurir Rahmani, Kampung Santubong di sini hari ini.

Rahman yang ditemui Sarawakiana selepas majlis perasmian tersebut berkata, Perdana Menteri merasa bangga kerana masjid berkenaan dapat dibangunkan dalam tempoh yang pendek.

"Selain dijadikan tempat menunaikan ibadah bagi orang Islam di sekitar kawasan tersebut, Perdana Menteri juga mahukan masjid dijadikan tempat menyatupadukan masyarakat setempat."

"Perdana Menteri juga merasa terharu melihat sokongan padu rakyat kepada Barisan Nasional (BN) di Sarawak khususnya kawasan Santubong yang pastinya akan terus menjadi "fixed-deposit" BN."

"Maka berbaloilah sokongan rakyat di Santubong kepada BN selama ini kerana mereka mendapat pelbagai bentuk pembangunan," kata Rahman berharap, masyarakat akan terus memberi sokongan yang lebih padu di masa hadapan.

Rahman beranggapan, dengan sokongan yang berterusan kepada BN, proses pembangunan akan dapat dijalankan dengan lancar pemimpin dan rakyat sentiasa rapat dan bekerjasama.

"Kerajaan BN, khususnya kerajaan Sarawak sentiasa ambil berat kebajikan rakyat seperti pemansuhan tol dan penurunan tarif elektrik," katanya lagi sambil menambah, beliau merasa bangga kerana Sarawak sentiasa bersama Perdana Menteri biarpun di "waktu susah ataupun senang". - Sarawakiana
Masyarakat Pantai Damai Akan Terus Menyokong BN Masyarakat Pantai Damai Akan Terus Menyokong BN Reviewed by Salfian Nawawi on May 01, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.