Seo Services

Jepun Naikkan Paras Amaran Gunung Berapi Hakone


TOKYO: Jabatan Meteorologi Jepun menaikkan paras amaran berikutan aktiviti siesmik di resort popular di Gunung Hakone, sekali gus menyekat laluan ke denai pendakian.

Peningkatan tahap amaran itu yang disertai sekatan ke kawasan lohong pelepasan lahar gunung berapi dibuat selepas pihak berkuasa mendapati gegaran yang lebih kerap di kawasan pelancongan itu, kira-kira 80 kilometer dari Tokyo.

"Kami meningkatkan amaran ke tahap dua selepas mengesan gegaran semakin kuat dan daripada kedudukan yang lebih dalam," kata seorang pegawai jabatan itu. Semalam, tiga gempa kecil berlaku di kawasan itu pada ukuran 2.0 hingga 2.6 magnitud, katanya.

Berikutan peningkatan tahap amaran itu, majlis perbandaran Hakone mengarahkan penduduk di kawasan Owakudani dipindahkan, lokasi popular dalam kalangan pendaki yang biasanya berjalan di tengah-tengah pancutan stim daripada cerun gunung.

Pihak perbandaran juga menutup operasi kereta kabel dan jalan di sekitar kawasan resort itu.

Peningkatan aktiviti siesmik seperti gegaran dan pancutan stim panas sudah dikesan di kawasan Gunung Hakone sejak beberapa hari lalu.

Bagaimanapun, penyelidik belum menemui tanda peningkatan magma yang mungkin memerlukan pemindahan segera penduduk di sekitar Gunung Hakone, kata jabatan itu. - AFP

Jepun Naikkan Paras Amaran Gunung Berapi Hakone Jepun Naikkan Paras Amaran Gunung Berapi Hakone Reviewed by Unknown on May 06, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.