BERITA kelahiran anak kedua pasangan Duke and Duchess of Cambridge, Putera William dan Kate Middleton menghiasi muka hadapan rata-rata pelbagai akhbar di Britain.
Puteri yang diberi nama Charlotte Elizabeth Diana itu dilahirkan pada 2 Mei lalu di Hospital St. Mary, London.
Walaupun tak sampai seminggu dilahirkan, pelukis forensik sudah pun teruja untuk membuat ramalan lakaran wajah puteri itu ketika berusia 10 tahun kelak.
Dalam lakaran pakar forensik itu, Charlotte mewarisi rambut coklat gelap dan hidung persis ibunya manakala bentuk dagu dan bibirnya pula menyerupai bapanya.
Matanya pula berwarna hijau kebiru-biruan yang merupakan campuran warna mata kedua-dua ibubapanya.
Putera William dan Kate Middleton turut mempunyai seorang lagi anak lelaki, Putera George Alexander Louis. – MYNEWSHUB.CC
Pelukis Forensik Ramal Wajah Anak Kedua Putera William
Reviewed by uMieySurianie
on
May 06, 2015
Rating:
Reviewed by uMieySurianie
on
May 06, 2015
Rating:


No comments: