Seo Services

#PRKPermatangPauh : Wakil MCA Dihina "Tiada Otak Kerana Makan Tahi"


BUKIT MERTAJAM: Wakil Parti MCA Negeri Kedah Doctor Leong Weng Kuang dilaporkan telah dihina sebagai "Doktor tiada otak kerana makan tahi" oleh beberapa individu yang tidak dikenali selepas mengadakan ceramah di sini semalam.

Seorang pesara yang berusia 62-tahun dalam laporan polisnya yang dibuat di Balai Polis Bukit Mertajam menyatakan, kejadian berlaku setelah wakil Parti MCA Negeri Kedah Doctor Leong Weng Kuang selesai mengadakan ceramah awam terbuka di Taman Kelisa Emas, Seberang Jaya lebih kurang jam 9 malam semalam.

Beliau mendakwa, ketika Doktor Leong bersalaman dengan orang ramai yang menghadiri ceramah tersebut, beliau (Doktor Leong) didatangi oleh tiga orang lelaki yang yang tidak dikenali yang kemudiannya bertengkar dengannya.

Apabila salah seorang dari lelaki tersebut mengeluarkan kata-kata, “Doktor tiada otak kerana makan tahi”, pengadu cuba mententeramkan keadaan namun dikasari oleh kumpulan lelaki tersebut.

Pengadu juga mendakwa kumpulan lelaki tersebut turut menarik baju sehingga koyak dan ditumbuk dibahagian pipi kanannya sehingga jatuh serta mengalami luka bengkak dijari tangan kiri dan bengkak pada siku kanan. - Sarawakiana

#PRKPermatangPauh : Wakil MCA Dihina "Tiada Otak Kerana Makan Tahi" #PRKPermatangPauh : Wakil MCA Dihina "Tiada Otak Kerana Makan Tahi" Reviewed by Salfian Nawawi on May 05, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.