Seo Services

Rumah Dua Tingkat Ranap Dijilat Api


KUCHING: Sebuah rumah dua tingkat di Kampung Stakan Melayu, Jalan Stakan di sini rentung dalam satu kebakaran pagi tadi.

Difahamkan, pihak bomba menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian lebih kurang jam 10:30 pagi dan lima pasukan bomba melibatkan 26 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Samarahan, Batu Lintang dan Tabuan Jaya digegaskan ke lokasi kebakaran.

Setiba di tempat kejadian, api kelihatan marak dibahagian tingkat atas rumah berkenaan dan anggota bomba yang bertungkus lumus berjaya mengawal dan memadamkan api sepenuhnya lebih kurang jam 1 tengahari tadi.

Tiada laporan kecederaan dilaporkan dan setakat ini, punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. - Sarawakiana
Rumah Dua Tingkat Ranap Dijilat Api Rumah Dua Tingkat Ranap Dijilat Api Reviewed by Salfian Nawawi on May 05, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.