Tidak cukup dengan pergaduhan di pilihan raya di Permatang Pauh semalam, terdapat kecoh lain pula yang terjadi melibatkan gambar dan status facebook seorang gadis bertudung yang sememangnya tidak masuk akal menjadi viral di laman media sosial semalam.
Dikatakan seorang gadis bertudung memuat naik gambar beliau dan membuat naza dengan statusnya "Kalau pr menang d permatang pauh kali ni, i rasa i nak jalan bogel dari rumah i presint7 smpai ke klcc."
Bagaimanapun hari ini tuan empunya gambar tersebut, Farhaanah Mohamed, menerusi akaun facebook beliau telah menafikan perkara tersebut.
Menurutnya, keyataan yang yang tersebar itu bukanlah darinya tetapi dari individu yang tidak bertanggungjawab yang membuka akaun Facebook palsu.
Beliau juga mendakwa individu tersebut mengeluarkan kenyataan yang tidak masuk akal dengan menggunakan gambarnya sehingga menimbulkan fitnah. - Sarawakiana
"Saya Kena Fitnah, This Is Not Me"
Reviewed by Unknown
on
May 08, 2015
Rating:
Reviewed by Unknown
on
May 08, 2015
Rating:

No comments: