Mojokerto (Indonesia): Seorang datuk berusia 67 tahun ditahan di sini kelmarin selepas disyaki meliwat seorang kanak-kanak perempuan.
Supadi disyaki meliwat kanak-kanak perempuan yang juga jirannya sebanyak lima kali sejak tiga bulan lalu.
Lelaki itu ditahan kelmarin selepas seorang penduduk melihat kanak-kanak itu diliwat suspek di satu kawasan hutan di belakang rumahnya.
Jurucakap polis, Husein Abubakar berkata, ketika kejadian mangsa sedang mencari kayu api di kawasan hutan itu sebelum dihampiri suspek.
“Suspek dipercayai memujuk mangsa sebelum meliwatnya.
“Bagaimanapun, tindakan lelaki itu dilihat seorang penduduk kampung yang kemudiannya mengadu kepada keluarga mangsa,” katanya di sini semalam.
Ujarnya, lelaki itu yang mempunyai seorang isteri dan lebih 10 orang cucu ditahan selepas keluarga mangsa membuat laporan polis.
“Ketika disoal siasat mangsa yang masih bersekolah rendah mengaku telah diliwat suspek sebanyak lima kali.
“Setiap kali selepas melakukan perbuatan terkutuk itu suspek memberi mangsa wang berjumlah Rp10,000 (RM3),” katanya.
Menurutnya, suspek kini ditahan pihak berkuasa dan berdepan hukuman penjara 15 tahun jika didapati bersalah meliwat mangsa. – Agensi
Upah Pemuas Nafsu Songsang, Hanya RM3
Reviewed by Unknown
on
May 09, 2015
Rating:
Reviewed by Unknown
on
May 09, 2015
Rating:

No comments: