Seo Services

Warga Emas Dikhuatiri Lemas Di Igan


IGAN: Seorang warga emas dikhuatiri lemas di Sungai Batang Igan yang berdekatan dengan Kampung Tembawau disini pagi tadi.

Difahamkan, mangsa yang berumur dalam lingkungan 74 tahun telah hilang selepas orang awam hanya menemui perahunya yang kosong.

Laporan awal telah dibuat di balai polis berdekatan dan pihak bomba telah menghantar sepasukan penyelamat ke lokasi kejadian.

Ketika berita ini ditulis, pihak penyelamat masih mengadakan operasi mencari dan menyelamat berdekatan kawasan dimana perahu mangsa telah ditemui. -Sarawakiana
Warga Emas Dikhuatiri Lemas Di Igan Warga Emas Dikhuatiri Lemas Di Igan Reviewed by Unknown on May 08, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.