KUALA LUMPUR: Segala usaha sedang dilakukan untuk menyelamatkan mangsa terlibat dalam kejadian gempa bumi di Ranau, Sabah, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana menteri berkata kejadian itu sesuatu yang amat mengejutkan seluruh rakyat selain turut berasa sedih.
"Kini rakyat berasa terkejut dan sedih di atas kejadian gempa bumi di Ranau, Sabah. Segala usaha sedang dilakukan untuk menyelamat mangsa-mangsa tragedi tersebut," katanya semasa menyampaikan sembah tahniah kepada Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bersempena Hari Keputeraan rasmi Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, di sini Sabtu.
Setakat ini 11 disahkan terkorban dalam kejadian itu manakala lapan individu masih belum dapat dikesan.
Gegaran akibat gempa bumi sederhana berukuran 5.9 pada skala Richter yang melanda Ranau semalam turut dirasai di kawasan seperti Tambunan, Tuaran, Kota Kinabalu dan Kota Belud. - Bernama
Gempa: Segala Usaha Dilakukan Untuk Selamatkan Mangsa Terlibat - Najib
Reviewed by Salfian Nawawi
on
June 06, 2015
Rating:
No comments: