Seo Services

Adenan Gembira Ahli Parlimen Kawasan Beliau Jadi Menteri Penuh


Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem merasa begitu gembira sekali apabila Ahli Parlimen kawasan beliau, Datuk Seri Dr Haji Wan Tuanku Jaafar dilantik sebagai seorang menteri penuh dalam rombakan kabinet hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika menghadiri Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Anjuran Jabatan Ketua Menteri yang turut dihadiri oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud serta isteri Toh Puan Sri Raghad Kurdi Taib yang diadakan di Dewan Undangan Negeri (Lama), Petra Jaya, Kuching di sini sebentar tadi.

"Saya juga merasa gembira kerana kawan lama saya Masir Kujat (Ahli Parlimen Sri Aman) juga dilantik sebagai Timbalan Menteri," katanya lagi.

"Saya tiada komen yang lain (mengenai barisan menteri kabinet persekutuan yang baharu) buat masa ini sehingga saya melihat senarai penuh kabinet tersebut," tambah Adenan lagi ketika diminta mengulas lanjut mengenai rombakan kabinet berkenaan.

Pada pengumuman rombakan kabinet oleh Perdana Menteri Dato Sri Mohd Najib Abdul Razak kira-kira jam 3 petang tadi, beliau mengumumkan Wan Junaidi, yang juga Ahli Parlimen Santubong yang sebelum ini memegang jawatan Timbalan Menteri Dalam Negeri dilantik sebagai Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar sementara Masir Kujat dilantik sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri.

Menteri-menteri serta Timbalan Menteri dari Sarawak yang lain turut dikekalkan pada portfolio masing-masing sebelum ini. - Sarawakiana
Adenan Gembira Ahli Parlimen Kawasan Beliau Jadi Menteri Penuh Adenan Gembira Ahli Parlimen Kawasan Beliau Jadi Menteri Penuh Reviewed by Salfian Nawawi on July 28, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.