Seo Services

Adenan Satem Beri Penghormatan Terakhir Kepada Tanyuh


KUCHING: Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem memberi penghormatan terakhir kepada bekas Anggota Dewan Undangan Negeri Bengoh, Datuk William Tanyuh Nub yang meninggal dunia malam tadi.

Tanyuh, 69, meninggal pada pukul 7.50 malam di Hospital Umum Sarawak akibat 'Waldenstrom Syndrome' iaitu sejenis kanser darah.

"Ia tidak dijangka. Ia saat sedih kepada kita semua," kata Adenan di rumah mendiang di Jalan Urat Mata, Tabuan Jaya di sini.

Beliau berkata Tanyuh yang kali terakhir memegang jawatan selaku pengerusi jawatankuasa disiplin Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) meninggalkan legasi besar bagi rakyat dan keluarganya.

"Beliau juga rakan baik saya. Kami mempunyai beberapa jenaka dan saya masih ingat saya bernyanyi di ulang tahun perkahwinan ke-25 beliau dan isterinya," katanya dan menambah Tanyuh merupakan contoh kepada masyarakat Bidayuh kerana beliau datang daripada kampung terpencil di Padawan tetapi tegas dan berjaya dalam hidupnya.

Tanyuh meninggalkan isteri Datin Jennifer Alice Chee Moinie dan empat orang anak iaitu Patricia Winnie Nub, Andrew Victor Nub, Peter Timothy Nub dan Dr Simon Channing Nub.

Upacara pengkebumian akan diadakan esok di gereja St Thomas di sini.

Sementara itu Pengerusi SUPP, Senator Datuk Sim Kui Hian berkata mendiang berkhidmat untuk parti bagi beberapa tahun dalam pelbagai jawatan.

"Parti kehilangan pemimpin yang setia, dikasihi dan bertahan lama," katanya.- BERNAMA
Adenan Satem Beri Penghormatan Terakhir Kepada Tanyuh Adenan Satem Beri Penghormatan Terakhir Kepada Tanyuh Reviewed by Unknown on July 21, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.