Seo Services

Bekas Presiden Guinea Hadapi Tuduhan Sebabkan 156 Kematian


OUAGADOUGOU (Burkina Faso): Bekas pemimpin junta Guinea, Moussa "Dadis" Camara berdepan dengan tuduhan terbabit dalam kematian lebih 156 orang yang berhimpun dalam satu tunjuk perasaan pada tahun 2009, demikian menurut peguamnya.

Camara dan peguamnya bertemu dalam satu pertemuan tertutup selama tiga jam dengan dua majistret Guinea yang datang ke Burkina Faso di mana Camara hidup dalam buangan.

"Saya boleh mengesahkan anak guam saya akan didakwa," kata peguam Jean Baptiste Haba.

"Perbicaraan mengenai perkara itu secara lebih akan dibuat," katanya.

Camara merampas kuasa menerusi pemberontakan tentera pada 2008, beberapa jam selepas kematian Presiden Lansana Conte.

Pada September 2009, pengawal presiden melepaskan tembakan terhadap ribuan penunjuk perasaan yang berhimpun di Stadium Bola Sepak Nasional menuntut peletakan jawatan Camara.

Insiden itu menyebabkan sekurang-kurangnya 156 orang maut dengan lebih 100 wanita yang ditahan dirogol oleh tentera Camara, demikian menurut kumpulan hak asasi.

Camara ditembak di kepalanya beberapa bulan selepas itu oleh seorang rakannya dan memasuki to Burkina Faso sebagai sebahagian daripada perjanjian damai.

Pendakwa raya Mahkamah Jenayah Antarabangsa, Fatou Bensouda dalam satu kenyataan ketika melawat Guinea minggu lalu berkata, beberapa individu berprofil tinggi sudah menghadapi pertuduhan dengan ratusan mangsa dan saksi utama juga sudah ditemubual.

Ia adalah sebahagian daripada siasatan pihak pengadilan Guine terhadap tragedi berdarah September 2009.

Pada Mei lalu, Camara mengisytiharkan akan beralih kepada politik dan sedang berusaha menubuhkan sebuah parti politik baharu dan beliau akan menjadi calon pada pilihan raya presiden hujung tahun ini. - AP
Bekas Presiden Guinea Hadapi Tuduhan Sebabkan 156 Kematian Bekas Presiden Guinea Hadapi Tuduhan Sebabkan 156 Kematian Reviewed by Unknown on July 09, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.