Seo Services

Bomoh Mati ‘Dicekik Hantu’


BULAWAYO (Zimbabwe): Penduduk kampung mendakwa menyaksikan kematian bomoh itu ketika berhimpun melihat upacara pembersihan dilakukan dan terkejut apabila dukun terbabit tiba-tiba rebah.

Ketua kampung Albert Mwembe berkata: “Sitsha diupah penduduk kampung untuk menghalau roh jahat yang mengganggu wanita di kampung ini.

“Dia menghimpunkan penduduk kampung untuk melihat upacara pembersihan yang mahu dilakukannya malah kami semua nampak dia membawa dua benda pelik yang diikat kain hitam serta merah.

“Dia berkata mahu membakar makhluk berkenaan tetapi tidak sempat mengumumkan nama ‘tuan’ roh jahat berkenaan, dia tiba-tiba menjerit dan pengsan.”

Kejadian itu menyebabkan penduduk bertempiar. Katanya, Sitsha sedar seketika, namun sehari selepas itu menjerit mengatakan dia dikejar dan dicekik hantu sebelum meninggal dunia. - Agensi
Bomoh Mati ‘Dicekik Hantu’ Bomoh Mati ‘Dicekik Hantu’ Reviewed by Unknown on July 23, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.