MIRI: Digi Telecommunications Sdn Bhd akan mengembangkan liputan 4G, jalur lebar kelajuan tingginya, ke Samarahan dan Sibu pada akhir tahun ini, kata Ketua Wilayah Sarawak, Benny Wee.
Wee berkata, ketika ini liputan itu hanya terdapat di Kuching, Bintulu dan Miri.
"Kami yakin dengan pengembangan liputan 4G di negeri ini, bilangan pelanggan kami akan terus berkembang," katanya selepas majlis pembukaan kedai DiGi oleh Datuk Bandar Miri, Lawrence Lai, di sini, hari ini.
Beliau berkata, kedai itu adalah yang keempat di negeri itu selepas di Kuching, Sibu dan Bintulu.
"Kami sedang menimbang kemungkinan membuka kedai kedua di Kuching dan Miri jika terdapat permintaan yang semakin meningkat," katanya. - BERNAMA
DiGi kembangkan liputan 4G di Sarawak
Reviewed by Admin
on
July 22, 2015
Rating:
No comments: