Seo Services

Kabinet Mahu Najib Razak Tidak 'Direhatkan' - Khairy


PUTRAJAYA: Perbincangan Kabinet memutuskan tidak mahu perdana menteri direhatkan pada saat pelbagai isu semasa yang memburukkan nama ‎Datuk Seri Najib Tun Razak ‎termasuk artikel Wall Street Journal (WSJ).

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, pendirian Kabinet kini dalam satu keputusan dengan membenarkan proses berkenaan semua isu melibatkan Najib ‎berjalan seperti yang diperlukan.
"Kami sudah adakan perbincangan berkenaan isu semasa termasuk isu artikel Wall Street Journal.‎
"Perbincangan tersebut dimulakan oleh Najib yang menjelaskan kepada kami sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang seperti yang kita semua tahu.‎
"Tidak (meminta PM berehat seketika untuk disiasat), saya rasa Kabinet sangat bersatu dalam pandangan membenarkan proses berjalan seperti yang diperlukan," ‎katanya kepada pemberita selepas semasa Majlis Penyerahan Felo Perdana Kepada barisan Menteri Kabinet di Bangunan Perdana Putra di sini.

Sebanyak 83 Felo Perdana dari 50 universiti dalam dan luar negara terpilih untuk mengikuti program internship yang merupakan inisiatif daripada Kementerian Belia dan Sukan.‎-AWANI
Kabinet Mahu Najib Razak Tidak 'Direhatkan' - Khairy Kabinet Mahu Najib Razak Tidak 'Direhatkan' - Khairy Reviewed by Unknown on July 08, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.