Seo Services

Peguam Najib Mohon Pengesahan WSJ


Sebentar tadi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah memuat naik pada status akaun facebook rasmi milik beliau dan menyatakan perkembangan terkini mengenai saman beliau terhadap Wall Street Journal.

"Saya telah mengarahkan pihak peguam saya menghantar surat kepada Wall Street Journal hari ini bagi meminta pengesahan mengenai laporan surat akhbar tersebut sebelum mengambil tindakan undang-undang (surat tuntutan).

Sebagaimana arahan saya, surat peguam tersebut meminta Wall Street Journal mengesahkan pendirian akhbar tersebut berikutan laporan yang telah dibuat menuduh saya menyalahgunakan dana USD700 juta milik 1Malaysia Development Berhad.

Peguam saya akan mengambil tindakan selanjutnya selepas mendapat pengesahan dari akhbar tersebut.

Siasatan sedang dilakukan oleh Pasukan Petugas Khas untuk menentukan sama ada tuduhan yang dibuat oleh Wall Street Journal bahawa saya telah mengambil dana 1 MDB untuk kepentingan diri sendiri berasas atau tidak. Siasatan mesti mengambil kira kesahihan dokumen yang telah disiarkan bagi menyokong tindakan akhbar tersebut.

Meskipun begitu, saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa saya tidak pernah mengambil dana 1MDB untuk kepentingan diri sendiri. Tuduhan Wall Street Journal merupakan satu niat jahat yang didokong dan disokong oleh pihak tertentu dalam negara yang bertujuan memaksa saya melepaskan jawatan Perdana Menteri dan Presiden UMNO."

Oleh yang demikian, Dow Jones, penerbit The Wall Street Journal yang menerbitkan artikel mendakwa Perdana Menteri menyelewengkan hampir US$700 juta daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bakal berdepan tuntutan saman sekiranya tidak menjawab surat pengesahan dalam masa 14 hari.-Sarawakiana


Peguam Najib Mohon Pengesahan WSJ Peguam Najib Mohon Pengesahan WSJ Reviewed by Unknown on July 08, 2015 Rating: 5

1 comment:

  1. surat macam hantar ke penghulu kampung jer.Lawyer pebende.

    ReplyDelete

ads 728x90 B
Powered by Blogger.