Seo Services

Kontrak Robert Alberts Ditamatkan


KUCHING - Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) mengesahkan kontrak ketua jurulatih Sarawak, Robert Alberts ditamatkan berkuatkuasa hari ini. Presidennya, Datuk Sudarsono Osman berkata, selepas perbincangan, kedua-dua pihak bersetuju dengan terma dan syarat ditetapkan bagi penamatan kontrak berkenaan.

"Pasukan Sarawak akan dikendalikan sementara oleh jurulatih skuad belia Sarawak, Fuad Grbesic untuk baki tujuh perlawanan selepas ini.

"Kami sangat serius untuk memastikan Sarawak terus kekal dalam saingan Liga Super musim depan dan berharap para pemain kekal fokus untuk misi musim," katanya dalam satu kenyataan di Kuching hari ini.

Sementara itu, Alberts ketika dihubungi mengesahkan perkara berkenaan. "Saya tidak boleh ulas lanjut lagi berhubung perkara berkenaan. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang menyokong saya selama ini dan selamat maju jaya kepada pasukan Sarawak," katanya. - KOSMO
Kontrak Robert Alberts Ditamatkan Kontrak Robert Alberts Ditamatkan Reviewed by Admin on July 09, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.