Seo Services

Wanita Ditemui Terbaring Dalam Longkang


PENAMPANG: Seorang wanita ditemui terbaring hanya memakai coli dalam longkang di Jalan Bundusan berhampiran Dewan Hongkod Koisaan, Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA), di sini, jam 12 tengah hari tadi.

Wanita berusia 20-an itu ditemui dalam keadaan lemah oleh seorang lelaki yang kebetulan melalui jalan berkenaan sebelum menghubungi polis.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Rosley Hobdin, berkata ada kesan kecederaan ditemui pada tubuh wanita itu dan dia kini dirawat di Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu.

Katanya, polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi memastikan sama ada wanita terbabit menjadi mangsa jenayah atau sebaliknya.-BH
Wanita Ditemui Terbaring Dalam Longkang Wanita Ditemui Terbaring Dalam Longkang Reviewed by Unknown on July 09, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.