KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan pemilik akaun Twitter '@Swakheadhunter' ditahan mengikut Akta Hasutan.
Ini bagi membantu siasatan terhadap pemiliknya yang didakwa menghasut rakyat Sarawak untuk berpisah daripada Malaysia.
Khalid melalui laman twitternya berkata Pusat Tindakan Siasatan Siber Polis (PCIRC) telah mengesan pemilik akaun twitter Republic of Sarawak melalui '@Swakheadhunter'
"PCIRC @PDRMsia kesan twit handle di bawah, siasat dan tahan di bawah Akta Hasutan" katanya melalui laman twitter rasmi beliau hari ini.
Khalid turut memaparkan gambar 'screenshot' kenyataan yang dibuat @Swakheadhunter kepadanya hari ini. -- BERNAMA
KPN Arah Tahan Pemilik Twitter Hasut Keluar Malaysia
Reviewed by Admin
on
July 22, 2015
Rating:
No comments: