Seo Services

Lebih 1,000 Paket Bubur Lambuk Bernas/Saberkas Diedarkan


Lebih 1,000 paket bubur lambuk diedarkan secara percuma kepada penduduk di kawasan DUN Tanjung Datu dan DUN Pelagus sebentar tadi.

Sumbangan ini diadakan sempena Program Jerayawara Bubur Lambuk Saberkas Bernas 2015.

Di Tanjung Datu, sumbangan disempurnakan oleh Setiausaha Eksekutif Saberkas, Iszuan Haironi bertempat di pekarangan surau Semunin Jaya.


Manakala di Kapit disempurnakan di Masjid Jamek, Kapit oleh Penghulu Abang Hamzah, mewakili Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Alexander Nanta Linggi.

Turut hadir ialah exco Saberkas Negeri, Judson Jarrau. 

Program Jerayawara Bubur Lambuk Saberkas Bernas 2015 adalah tahunan kelolaan Bernas dan Saberkas. - Sarawakiana
Lebih 1,000 Paket Bubur Lambuk Bernas/Saberkas Diedarkan Lebih 1,000 Paket Bubur Lambuk Bernas/Saberkas Diedarkan Reviewed by Salfian Nawawi on July 05, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.