Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud serta isteri Toh Puan Sri Raghad Kurdi Taib menghadiri Majlis Ramah Tamah Aidilfitri bersama Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem dan isteri Datin Patinggi Hajah Jamilah Haji Anu serta dif-dif kenamaan yang lain, petang tadi.
Majlis tersebut yang dianjurkan oleh Pejabat Ketua Menteri berlangsung di Dewan Undangan Negeri (Lama), Petra Jaya, Kuching yang menggunakan konsep ‘buffet’ untuk hidangan tetamu.
Sebanyak 19 buah gerai yang menghidangkan pelbagai makanan dan minuman termasuk aiskrim gula apong yang cukup terkenal di Kuching sebagai pencuci mulut.
Tetamu juga turut dihiburkan dengan persembahan hiburan daripada penyanyi cilik Bintang Kecil RTM Sarawak, Abdul Halim - Sarawakiana
Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Pejabat Ketua Menteri Sarawak
Reviewed by Unknown
on
July 28, 2015
Rating:
Reviewed by Unknown
on
July 28, 2015
Rating:

No comments: