Seo Services

Pantomim 227-169: Langkah Sarawak Merdeka


KUCHING: Ikatan Graduan Melayu Sarawak (IGMS) dengan kerjasama Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) akan menganjurkan sebuah persembahan pantomim peristiwa-peristiwa penting dalam sejarah Sarawak mencapai kemerdekaan dengan membentuk sebuah negara baharu, Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963 bertempat di Tebingan Sungai Kuching hari ini.


Tempoh masa pantomime ini bermula pada 27 Mei 1961 apabila Yang Mulia Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, mencadangkan sebuah negara baharu bernama “MELAYU RAYA” yang merangkumi semua negeri di Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak, Brunei dan Borneo Utara. Cadangan YM Tunku Abdul Rahman itu kemudiannya bertukar dengan nama “MALAYSIA”.

Lanjutan daripada itu, beberapa jawatankuasa telah ditubuhkan oleh semua negeri yang terlibat untuk membincang dan membahaskan cadangan tersebut.


Secara umumnya semua bersetuju dan Cobbold Commission of Inquiry telah ditubuhkan oleh kerajaan Britain dan Persekutuan Tanah Melayu untuk menyiasat pandangan rakyat Sarawakpada 3 Februari 1962. Cobbold Commission mendapati rakyat Sarawak menyokong pembentukkan Persekutuan Malaysia.

Selepas itu, Sarawak telah mengadakan pilihanraya umum mulai 23 Mac 1963 sehingga 19 Jun 1963 untuk membentuk kerajaan sendiri. Dalam pilihanraya ini. Parti Perikatan yang terdiri daripada SNAP, BARJASA,PESAKA dan SPA telah memenangi majoriti manakala SUPP dan PANA kalah.

Jesteru itulah pada 22 Julai 1963 Gabenor Sir Alexander Wadell telah mewartakan Encik Stephen Kalong Ningkan sebagai Ketua Menteri Sarawak yang pertama. Dalam masa yang samanjuga diwartakan ahli Supreme Council yang baharu untuk membentuk Kabinet Sarawak yang pertama.

Dengan perlantikan Ketua Menteri dan KabinetMenteri itu, negeri Sarawak telah mencapai status BERKERAJAAN SENDIRI atau SELF GOVERMENT sahaja.

Sarawak belum lagi menjadi sebuah negeri yang merdeka kerana kuasa mutlak masih lagi dipegang oleh gabenor penjajah dan queen di London.

Sarawak menjadi MERDEKA pada 15 September 1963 untuk masa yang singkat apabila Gabenor colonial pulang ke Britain pada tengah hari tersebut.

Pada 16 September 1963, Dato Abang Haji Openg Sapi’ee telah dilantik sebagai Gabenor yang pertama. Dalam masa yang sama juga Persekutuan Malaysia diisytiharkansebagai sebuah negara baharu dan diketika inilah Sarawak merdeka dalam Malaysia.-Sarawakiana


Pantomim 227-169: Langkah Sarawak Merdeka Pantomim 227-169: Langkah Sarawak Merdeka Reviewed by Unknown on July 22, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.